Saturday 27 April 2013

Susu oh susu..

Assalamualaikum..
Hemm..susahnya nak ambik mood nak masuk post baru..padahal ada macam2..ye laa..macam-macam adoo..haha..banyak jugak perubahan semenjak mengandung ni..ni sebab 1st time kan..kena laa sabar banyak2 dan kena laa paham bagaimana menghadapi smua ni..tiap2 hari mual-mual..makan pon xkena..tp mmg selalu lapar..yang tu mmg laa kan..saya dan En.suami pon banyak Google2..ye laa..nak bagi paham..

Ya Allah..bagi laa aku kesabaran yg tinggi..perubahan hormon yg belum pernah rasa..skarang dah ada buku merah dah..dah g klinik..satu-satu aku tanya nurse tu..lepas ni plak step apa..lepas tu plak ape.. nampak muka nurse tu mcm "eh2..blur sungguh budak ni" haha..xkisah laa..mmg blur pon..tp nurse tu baik.. skarang makan asid folik dan garam beriodin untuk masak..xguna garam biasa la..


Buku ibu mengandung..hehe..nurse tulis panjang je.. 20 hb 5 nanti kena gi lagi..sampai laa seterusnya..ish3..
                                Ni lah garamnya..boleh diguna untuk seisi keluarga..

Satu lagi..kena minum susu ibu mengandung..pegi laa survey ngan En.suami..dia yang banyak tau..tgk testimoni pengguna lain kat internet jgk..nak cari yg terbaik.. ingat nak yang S-26..tp xda yang perisa ori laa pulak..ada vanilla n coklat..saya plak xsuka.. So, ambik laa dulu yang ni..

Tapi..susunya agak manis..adoii..kena laa cuba minum jugak..kasi habis..nanti cuba yang lain plak..saya xda masalah ngan susu..cuma harus kurang manis..

      6 scoop untuk sgelas..mual rasa..sbb agak manis..mungkin orang lain ok kot..

Ni lah kandungan dia..smua susu ibu baik..xkisah pon..khasiat dia pon lebih kurang sama je..skarang En.suami minum Anlene sorang2..susu kita dah kena asing2..hehe..Doakan yang terbaik ye..
Terima kasih..



Monday 22 April 2013

Benda baru.. apa tu..??

Assalamualaikum..
Macam chipsmore plak kan..? kejap ada..kejap xde..biasa laa tu kan..hehe..ni ada cerita yg nak dikongsi..panas..!panas..!..ambooii..kasi panas cerita sendiri plak..tp ni adalah satu pengalaman awal yang diinginkan oleh seorang isteri..hehe..ape tu..?

Nak dijadikan cerita, dah laa sebelum ni sembab2 badan..period pon lewat laa sminggu..ape lg..buat keputusan ngan En.suami pegi beli pregnancy test..Jeng..jeng..jeng..1st time buat benda ni..naik cantik je 2 line tu..wah..!! excitednya..happy..tp terdetik jugak mana laa tau takut benda ni menipu..hehe.. cuba tengok gambar bawah ni..boley percaya tak..?mesti laa boleh..hehe

                                                          Macam ni lah rupanya..


Saya beli yang jenama ni..banyak jenis rupanya..xtau nak ambik yang mana lak..ambik laa yang ni..RM 9.80..murah aje..

Saya plak ada 1 buku kecik ni..besar tapak tangan je..beli lama dah..hehe..smalam baru mula baca..happynya rasa..Sebenarnya xnak laa excited sangat kan..sebab ada orang kata..ni anak sulong..takut nanti ada apa2 yang x diinginkan terjadi..kita xlaa terlalu sedih..ye..Insyaallah..apa saja ketentuan nanti saya akan terima..Insyaallah semua juga akan berjalan lancar dan sempurna..

Eh..eh..!! lupa nak cakap..yang atas tu cerita semalam..yg cerita harini pulak..saya pergi laa pusat kesihatan universiti..nak confirmkan lg..jadi..confirm laa ceritanya..Doktor pon cakap kandungan dah 5 minggu dah..Ooo..dah sebulan lebih rupanya..jadi kena laa pegi buat buku kat klinik berdekatan..'buku'..?? buku cam mane tu.?? nama pon 1st time..tunggu n lihat je laa nanti..hehe..
Babai..



Tuesday 16 April 2013

Tak sihat..tubuhku sembab..

Assalamualaikum..lama rasanya bercuti..hehe..jangan silap paham ye..sbb blogger baru ni..mood dia xtentu jugak..takut2 jadinya hangat-hangat tahi ayam..hahaha..macam ni..minggu lepas balik kg..sebab nak hadir yang Peperiksaan memasuki PTD tu..nak cuba hadir laa jugak..ambik pengalaman..Alhamdulillah..soalannya agak senang..dan orang2 lain yang pernah hadir exam ni sebelum ni pun bagitau yang soalan PTD tahun ini tak sesusah yang tahun2 lepas..ooo..xsusah pon..banyak das jugak laa aku main tembak2..


Nak dijadikan cerita, lpas exam tu..pagi esoknya dah kena balik Kedah terus..ada kelas..bangun pagi tu jari2 ni jadi bulat2..nak pakai cincin xmuat..jadi sembab..tp xtau pon kenapa..ignore je lah..malam tu nk solat magrib..baru perasan..kaki smpai paha pon sembab jugak..nak lipat solat pon xboleh penuh..aduii..aku pon mula laa pelik..xpenah jadi lg cam ni..risau jgk..sbb mak cakap, sembab2 ni boleh dikaitkan dengan ginjal..

Esoknya pulak, gi klinik sbb masih lg sembab..doktor ckp kena urine test..lepas tu..result ok je..protin pun negatif..mungkin terlampau lama dalam kereta kot..hehe..dapat laa ubat..nasib baik sikit je..hemm..


Ni serba sedikit hubungkait pasal sembab dan info kesihatan..hehe.. dari http://www.izieherb.net.. baca lah..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nephrotic Syndrome Pada Orang Dewasa 

Nephrotic Syndrome (NS)

Apa itu Nephrotic Syndrome ?

Nephrotic syndrome (NS) ialah satu sindrom klinikal yang menunjukkan cirri-ciri berikut :
  • Muka sembab, bengkak anggota atau badan (oedema)
  • Penurasan protein dalam air kencing (proteinuria) melebihi 3 g/sehari
  • Paras serum protein/albumin (hypoalbuminemia) rendah
  • Paras kolesterol yang tinggi (hypercholesterolemia)

Bagaimana kekerapan berlaku Nephrotic Syndrome?

  • Boleh berlaku pada semua peringkat umur
  • Kerap berlaku pada kanak-kanak
  • Jika kanak-kanak biasanya berlaku pada peringkat umur 11/2 dan 4 tahun dan kerap terjadi kepada lelaki muda
  • Bagi dewasa taburan jantina adalah sama

Apakah tanda-tanda dan gejala Nephrotic Syndrome?

Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :
  • Bengkak atau sembab anggota badan
  • Kuantiti penghasilan air kencing berkurangan
  • Tekanan darah tinggi
  • Kualiti hidup menurun
  • Kencing berbuih dan berbau busuk
  • Kencing berdarah (jarang)

Apa itu oedema?

Oedema merupakan tanda-tanda awal NS. Berlaku di dalam 95 - 99% kes. Di peringkat awal berlaku sembab di keliling mata dan sembab muka yang teruk terutamanya waktu bangun pagi. Kemudian beransur-ansur bengkak kepada seluruh anggota termasuk kaki dan tisu kulit tenggelam apabila ditekan dengan jari. Bengkak anggota kaki lebih nyata kemudianya. Pada peringkat seterusnya cecair berkumpul dalam kaviti abdomen menyebabkan abdomen menjadi bengkak dan tegang (ascites). Kemudiannya bengkak buah zakar atau faraj. Apabila penyakit bertambah teruk edema menjadi lebih menyeluruh menyebabkan kesukaran bernafas disebabkan cecair berkumpul di sekeliling paru-paru. Kadang-kadang oedema menyebabkan pertambahan berat badan. Kadangkalaa terdapat cecair meresap keluar dari permukaan kulit

Apa itu oliguria ?

Oliguria merujuk kepada kekurangan kuantiti air kencing berbanding jumlah sepatutnya dalam sehari. Biasanya ginjal menghasilkan air kencing sebanyak lebih kurang 1.5 liter sehari.

Apa itu hypertensi

Hypertensi menunjukkan peningkatan tekanan darah (link ke topik Saringan Darah Tinggi dan Tekanan Darah Tinggi)

Apakah yang dimaksudkan kualiti hidup yang menurun

  • Rasa tidak sihat atau letih
  • Hilang selera makan
  • Mudah penat dan mudah terganggu

Apa itu haematuria?

Darah dikesan dalam air kencing samada dilihat dengan mata kasar atau menggunakan mikroskop

Apakah komplikasi Nephrotic Syndrome?

Thrombo-embolism

Seseorang pesakit akan mengadu sakit yang amat sangat dan bengkak sebelah kaki atau kedua-dua nya sekali. Ini disebabkan darah beku dalam salur darah bahagian anggota bahagian bawah.

Mudah mendapat jangkitan

Kebiasaannya punca jangkitan adalah di bahagian peritoneum dan salur kencing. Tanda tanda dan gejala adalah pelbagai seperti demam, sakit bahagian abdomen, cirit birit, sakit atau pedih semasa kecing.

Cirit birit

Kebiasaannya disebabkan oleh bengkak pada dinding usus. Ini mungkin menunjukkan radang peritoneum sekiranya disertai dengan demam.

Apa perlu dilakukan sekiranya anda mengesyaki mengidap Nephrotic Sydndrome?

Dapatkan nasihat perubatan untuk pengesahan dan rawatan

Apakah ujian siasatan yang diperlukan untuk diagnosa atau pengesahan Nephrotic Syndrom?

  • Ujian analisa air kencing
  • ujian darah
  • Ujian ultrabunyi dan ujian biopsy (jika perlu)

Analisa air kencing

  • Ujian air kencing menggunakan "dipstick" dilakukan secara rutin bagi mendapatkan maklumat awal kandungan protein dalam air kencing. Satu "strip" adalah sejenis kertas kimia yang dicelup ke dalam contoh air kencing. Ianya akan berubah warna mengikut kuantiti protein yang terkandung dalam contoh air kencing. Ujian ini boleh dilakukan di mana-mana klinik.

  • Ujian protein air kencing 24 jam adalah ujian kuantiti yang mana memberi maklumat tentang jumlah kandungan protein dalam air kencing. Pesakit akan dikehendaki mengumpul air kencing bagi tempoh 24 jam di mana jumlah kandungan akan diukur. Jumlah kandungan protein yang dikeluarkan dalam kes Nephrotic Syndrome melebihi 3 gm/hari. Selain kaedah pengiraan jumlah protein dalam air kencing kaedah pegiraan anggaran perbezaan antara protein dan creatinine boleh diguna pakai
  • Ujian analisa air kencing menunjukkan kehadiran darah dalam kencing

Ujian analisa darah

  • Serum albumin kurang dari 25 g/L
  • Kandungan kolestrol yang tinggi sering ditemui
  • Darah untuk ujian nitrogen dan creatinine adalah petunjuk kepada kerosakan ginjal. Kandungan yang tinggi produk metabolik menunjuk disertai dengan penurunan fungsi ginjal.

Ujian ultrabunyi dan pengambilan tisu ginjal (biopsy)

Ujian pengimejan biasa/rutin tidak diperlukan dalam kes Nephrotic Syndrome. Walau bagaimanapun selalunya dibuat sebelum prosedur pengambilan tisu ginjal dilakukan bagi memastikan pesakit mempunyai dua ginjal.
Dalam kebanyakkan kes doktor mungkin melakukan pemeriksaan cebisan tisu ginjal pesakit di bawah mikroskop untuk menentukan penyebab dan keterukan penyakit tersebut. Prosedur mendapatkan tisu ginjal ini dipanggil biopsy. Prosedur ini dilakukan menggunakan teknik aseptik. Bius setempat digunakan untuk menghilangkan kesakitan.





Apakah komplikasi biopsy ginjal?

  • Sakit di bahagian biopsi
  • Pendarahan adalah komplikasi yang biasa. Walau bagaimana pun biasanya kecil sahaja
  • Kencing berdarah biasa berlaku selalunya sedikit sahaja.
  • Hematoma atau lebam darah terkumpul di sekeliling ginjal. Biasanya kecil dan tiada tanda-tanda dan gejala

Apakah rawatan untuk Nephrotic Syndrome?

  • Berbeza di antara dewasa dan kanak-kanak
  • Bergantung ke atas sebab-sebab Nephrotic Syndrome
  • Walau bagaimanapun terdapat rawatan yang tidak sepasifik ini termasuk :
    1. Makanan Pengambilan protein makanan yang normal dengan kalori yang mencukupi
    2. Mengawal pengambilan cecair dan garam terhad Pengambilan cecair mesti dihadkan mengikut jumlah air kencing yang keluar. (jumlah pengambilan cecair ialah jumlah air kencing hari sebelumnya + 500ml air yang hilang melalui proses selain dari kencing (contoh pernafasan, berpeluh dan lain-lain)
      Pengambilan garam mesti dikurangkan untuk mengelakan penakungan cecair dan garam di badan. Jangan tambah garam pada makanan
    3. Diuretics Diuretic secara amnya untuk menggalakan peningkatan pengeluaran air kencing. Mungkin perludiberi melalui suntikan intravena
    4. Anti-hypertensi Pemilihan ubat ini hendaklah yang boleh memberikan pengawalan tekanan darah yang baik pada masa yang sama megurangkan keterukan kandungan pengeluaran protein dalam air kencing

Rawatan Khas Nephrotic Syndrom bagi kanak-kanak

Lebih kurang 80% kanak-kanak berumur antara 1 hingga 12 tahun mengidapi perubahan penyakit yang minima. Dari jumlah ini 90% respon kepada penggunaan terapi corticosteroid, oleh itu biopsy ginjal tidak diperlukan. Corticosteroid didapati sangat efektif dalam penyembuhan NS dan merupakan pilihan jenis ubat yang paling utama. Kanak-kanak dengan NS yang tidak respon dalam masa 4 minggu rawatan corticosteroid hendaklah dirujuk kepada pakar nefrologi untuk menjalani prosidur biopsy ginjal.
Maklumat lanjut : rujuk Consensus Statement of Management of Idiopathic Nephrotic Syndrome in Childhood 1999 yang boleh didapati pada laman web www.acadmed.org.my di bawah tajuk clinical practice guidelines

Rawatan Tertentu Nephrotic Syndrome bagi dewasa

Rawatan tertentu diberi bergantung kepada keputusan ujian biopsy ginjal.

Kawalan tertentu komlikasi Nephrotic Syndrom

  • Jangkitan Pesakit NS amat mudah mendapat jangkitan terutamanya radang peritoneum dan radang kulit. Oleh itu ubat antibiotik yang dikehendaki apabila diperlukan diperlukan.
  • Kegagalan ginjal Ini adalah komplikasi yang telah maklum. Ini disebabkan oleh kekurangan air, kencing berlebihan atau bengkak kepada tisu ginjal. Walau bagaimana pun kegagalan ginjal jenis ini dapat dipulihkan.
  • Thrombosis Komplikasi ini boleh mengancam nyawa dan memerlukan terapi untuk mencairkan darah. Kadangkala rawatan awal anti pembekuan darah diperlukan untuk mencegah komplikasi.

    SEKIAN..

Sunday 7 April 2013

Jom minum petang..

Pagi tadi terpikir..nak buat apa time nk minum petang ni..ni kira time rajin ah ni..kalu x mmg xpikir2 pon..haha..tgk kat dapur pun kering je..hehe.ada laa barang2 yg xseberapa..megi ada lg 1..ayam pon ada lg sikit..bawang2 pon ada..mai laa idea buat murtabak megi..tanpa kena beli bahan2 lain..hehe..minum pulak dengan teh o panas..tu untuk En.suami..saya punya letak ais 4 ketul..hehe..


                       Ni lah rupa murtabak meginya..makan dengan sos..nyum..nyum.!!


                                 Ni rupa dalam..nampak x ayam yg ciput tu..? hehe

                                      Ni pun paling best..ubat tekak dikala cuaca panas..

 

Dah settle..xhabis dah..kenyang..tinggal sikit lg..makan jap2 lagi plak..kenyang dengan mangga yang sejuk tu..potong2 mangga..masuk peti..nak makan ambik..huhu..senang je..
Nak resepi murtabak megi x..? Jom ambik..paling simple..

Bahan-bahan
1 paket megi kari dan perisa dia
2 biji telor
2 ketul isi ayam- potong dadu
2 sudu tepung gandum- nak bagi padat..hehe
Bawang besar dan bwg merah- potong dadu
Daun bawang
Sedikit serbuk cili babas
Sedikit garam

Cara2
1- Celur megi dengan isi ayam
2- Gaul bahan2 yg lain dan masukkan juga megi dan ayam bersama..
3- Panaskan sedikit minyak utk menggoreng..goreng kedua2 belah..Siap..!! Cicah sos...


Friday 5 April 2013

Padanya Ada Hikmah

Assalamualaikum..ini ada satu buku yang bagi saya amat menarik untuk dibaca..berkisarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh Profesor Dr. Muhaya, bermula ketika beliau masih menjadi doktor pelatih sehinggalah beliau menjadi profesor.

Oleh kerana beliau tidak mahu ditonjolkan dalam buku ini, kemudiannya daripada inti pati kisah diolahkan menjadi fiksyen, berbentuk cerpen2 yg menghebahkan kepada pembaca..
dengan berbentuk cerita, saya pon jd tertarik untuk meneruskan bacaan.. jom..


Tajuk2 cerpen di dalam..

1- Isyarat Daripada Tuhan
2- Anak Perempuan Cantik Yang Melihat Pelangi
3- Makhluk yang Akan Berjumpa dengan Allah
4- Hati yang Penuh Penyakit
5- Pencuci Dosa2 Lalu
6- Pada Ketika Pertimbangan Sudah Hilang
7- Alhamdulillah, Awak Selamat
8- Saya Mahu Hidup Lagi
9-Orang Yang Paling Besar dihospital .........dan banyak lagi sehingga 35 cerita..


                                                       Rm 13.00 sahaja
Kenali Dr. Muhaya Mohamad di http://drmuhaya.com dan layari laman web assohwah.com bagi melihat buku2 beliau yg lain. Babai..