Monday, 1 April 2013

Jom Sama-sama Puasa Sunat..

Assalamualaikum..

Buat apa semua? Harini hari Isnin..jadi sunatlah berpuasa..dan juga hari Khamis..
Puasa sunat Isnin dan Khamis ada kelebihannya. Puasa bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga, malah ia melatih kita supaya mengawal diri daripada buat perkara-perkara yang tidak baik. Lepas tu, berpuasa sunat juga amalan yang baginda Rasulullah SAW sering lakukan iaitu pada hari Isnin dan Khamis.

Adalah menjadi perkara yang sunat bagi Umat Islam untuk berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis pada setiap minggu.


DALIL
Hadis Rasulullah s.a.w :

عن عائشة قالت كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يتحرى صوم الإثنين والخميس
(رواه الترميذي)
Maksudnya :
Daripada Aisyah r.a katanya : Adalah Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh dalam berpuasa pada hari isnin dan khamis.



2 comments:

  1. I tak ganti lg puasa huhu.lg 99 hari nak Ramadhan dah ni.

    ReplyDelete
  2. oh..saya ada 4 hari je lg..jom2..

    ReplyDelete