Saturday 27 April 2013

Susu oh susu..

Assalamualaikum..
Hemm..susahnya nak ambik mood nak masuk post baru..padahal ada macam2..ye laa..macam-macam adoo..haha..banyak jugak perubahan semenjak mengandung ni..ni sebab 1st time kan..kena laa sabar banyak2 dan kena laa paham bagaimana menghadapi smua ni..tiap2 hari mual-mual..makan pon xkena..tp mmg selalu lapar..yang tu mmg laa kan..saya dan En.suami pon banyak Google2..ye laa..nak bagi paham..

Ya Allah..bagi laa aku kesabaran yg tinggi..perubahan hormon yg belum pernah rasa..skarang dah ada buku merah dah..dah g klinik..satu-satu aku tanya nurse tu..lepas ni plak step apa..lepas tu plak ape.. nampak muka nurse tu mcm "eh2..blur sungguh budak ni" haha..xkisah laa..mmg blur pon..tp nurse tu baik.. skarang makan asid folik dan garam beriodin untuk masak..xguna garam biasa la..


Buku ibu mengandung..hehe..nurse tulis panjang je.. 20 hb 5 nanti kena gi lagi..sampai laa seterusnya..ish3..
                                Ni lah garamnya..boleh diguna untuk seisi keluarga..

Satu lagi..kena minum susu ibu mengandung..pegi laa survey ngan En.suami..dia yang banyak tau..tgk testimoni pengguna lain kat internet jgk..nak cari yg terbaik.. ingat nak yang S-26..tp xda yang perisa ori laa pulak..ada vanilla n coklat..saya plak xsuka.. So, ambik laa dulu yang ni..

Tapi..susunya agak manis..adoii..kena laa cuba minum jugak..kasi habis..nanti cuba yang lain plak..saya xda masalah ngan susu..cuma harus kurang manis..

      6 scoop untuk sgelas..mual rasa..sbb agak manis..mungkin orang lain ok kot..

Ni lah kandungan dia..smua susu ibu baik..xkisah pon..khasiat dia pon lebih kurang sama je..skarang En.suami minum Anlene sorang2..susu kita dah kena asing2..hehe..Doakan yang terbaik ye..
Terima kasih..



Monday 22 April 2013

Benda baru.. apa tu..??

Assalamualaikum..
Macam chipsmore plak kan..? kejap ada..kejap xde..biasa laa tu kan..hehe..ni ada cerita yg nak dikongsi..panas..!panas..!..ambooii..kasi panas cerita sendiri plak..tp ni adalah satu pengalaman awal yang diinginkan oleh seorang isteri..hehe..ape tu..?

Nak dijadikan cerita, dah laa sebelum ni sembab2 badan..period pon lewat laa sminggu..ape lg..buat keputusan ngan En.suami pegi beli pregnancy test..Jeng..jeng..jeng..1st time buat benda ni..naik cantik je 2 line tu..wah..!! excitednya..happy..tp terdetik jugak mana laa tau takut benda ni menipu..hehe.. cuba tengok gambar bawah ni..boley percaya tak..?mesti laa boleh..hehe

                                                          Macam ni lah rupanya..


Saya beli yang jenama ni..banyak jenis rupanya..xtau nak ambik yang mana lak..ambik laa yang ni..RM 9.80..murah aje..

Saya plak ada 1 buku kecik ni..besar tapak tangan je..beli lama dah..hehe..smalam baru mula baca..happynya rasa..Sebenarnya xnak laa excited sangat kan..sebab ada orang kata..ni anak sulong..takut nanti ada apa2 yang x diinginkan terjadi..kita xlaa terlalu sedih..ye..Insyaallah..apa saja ketentuan nanti saya akan terima..Insyaallah semua juga akan berjalan lancar dan sempurna..

Eh..eh..!! lupa nak cakap..yang atas tu cerita semalam..yg cerita harini pulak..saya pergi laa pusat kesihatan universiti..nak confirmkan lg..jadi..confirm laa ceritanya..Doktor pon cakap kandungan dah 5 minggu dah..Ooo..dah sebulan lebih rupanya..jadi kena laa pegi buat buku kat klinik berdekatan..'buku'..?? buku cam mane tu.?? nama pon 1st time..tunggu n lihat je laa nanti..hehe..
Babai..



Tuesday 16 April 2013

Tak sihat..tubuhku sembab..

Assalamualaikum..lama rasanya bercuti..hehe..jangan silap paham ye..sbb blogger baru ni..mood dia xtentu jugak..takut2 jadinya hangat-hangat tahi ayam..hahaha..macam ni..minggu lepas balik kg..sebab nak hadir yang Peperiksaan memasuki PTD tu..nak cuba hadir laa jugak..ambik pengalaman..Alhamdulillah..soalannya agak senang..dan orang2 lain yang pernah hadir exam ni sebelum ni pun bagitau yang soalan PTD tahun ini tak sesusah yang tahun2 lepas..ooo..xsusah pon..banyak das jugak laa aku main tembak2..


Nak dijadikan cerita, lpas exam tu..pagi esoknya dah kena balik Kedah terus..ada kelas..bangun pagi tu jari2 ni jadi bulat2..nak pakai cincin xmuat..jadi sembab..tp xtau pon kenapa..ignore je lah..malam tu nk solat magrib..baru perasan..kaki smpai paha pon sembab jugak..nak lipat solat pon xboleh penuh..aduii..aku pon mula laa pelik..xpenah jadi lg cam ni..risau jgk..sbb mak cakap, sembab2 ni boleh dikaitkan dengan ginjal..

Esoknya pulak, gi klinik sbb masih lg sembab..doktor ckp kena urine test..lepas tu..result ok je..protin pun negatif..mungkin terlampau lama dalam kereta kot..hehe..dapat laa ubat..nasib baik sikit je..hemm..


Ni serba sedikit hubungkait pasal sembab dan info kesihatan..hehe.. dari http://www.izieherb.net.. baca lah..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nephrotic Syndrome Pada Orang Dewasa 

Nephrotic Syndrome (NS)

Apa itu Nephrotic Syndrome ?

Nephrotic syndrome (NS) ialah satu sindrom klinikal yang menunjukkan cirri-ciri berikut :
  • Muka sembab, bengkak anggota atau badan (oedema)
  • Penurasan protein dalam air kencing (proteinuria) melebihi 3 g/sehari
  • Paras serum protein/albumin (hypoalbuminemia) rendah
  • Paras kolesterol yang tinggi (hypercholesterolemia)

Bagaimana kekerapan berlaku Nephrotic Syndrome?

  • Boleh berlaku pada semua peringkat umur
  • Kerap berlaku pada kanak-kanak
  • Jika kanak-kanak biasanya berlaku pada peringkat umur 11/2 dan 4 tahun dan kerap terjadi kepada lelaki muda
  • Bagi dewasa taburan jantina adalah sama

Apakah tanda-tanda dan gejala Nephrotic Syndrome?

Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :
  • Bengkak atau sembab anggota badan
  • Kuantiti penghasilan air kencing berkurangan
  • Tekanan darah tinggi
  • Kualiti hidup menurun
  • Kencing berbuih dan berbau busuk
  • Kencing berdarah (jarang)

Apa itu oedema?

Oedema merupakan tanda-tanda awal NS. Berlaku di dalam 95 - 99% kes. Di peringkat awal berlaku sembab di keliling mata dan sembab muka yang teruk terutamanya waktu bangun pagi. Kemudian beransur-ansur bengkak kepada seluruh anggota termasuk kaki dan tisu kulit tenggelam apabila ditekan dengan jari. Bengkak anggota kaki lebih nyata kemudianya. Pada peringkat seterusnya cecair berkumpul dalam kaviti abdomen menyebabkan abdomen menjadi bengkak dan tegang (ascites). Kemudiannya bengkak buah zakar atau faraj. Apabila penyakit bertambah teruk edema menjadi lebih menyeluruh menyebabkan kesukaran bernafas disebabkan cecair berkumpul di sekeliling paru-paru. Kadang-kadang oedema menyebabkan pertambahan berat badan. Kadangkalaa terdapat cecair meresap keluar dari permukaan kulit

Apa itu oliguria ?

Oliguria merujuk kepada kekurangan kuantiti air kencing berbanding jumlah sepatutnya dalam sehari. Biasanya ginjal menghasilkan air kencing sebanyak lebih kurang 1.5 liter sehari.

Apa itu hypertensi

Hypertensi menunjukkan peningkatan tekanan darah (link ke topik Saringan Darah Tinggi dan Tekanan Darah Tinggi)

Apakah yang dimaksudkan kualiti hidup yang menurun

  • Rasa tidak sihat atau letih
  • Hilang selera makan
  • Mudah penat dan mudah terganggu

Apa itu haematuria?

Darah dikesan dalam air kencing samada dilihat dengan mata kasar atau menggunakan mikroskop

Apakah komplikasi Nephrotic Syndrome?

Thrombo-embolism

Seseorang pesakit akan mengadu sakit yang amat sangat dan bengkak sebelah kaki atau kedua-dua nya sekali. Ini disebabkan darah beku dalam salur darah bahagian anggota bahagian bawah.

Mudah mendapat jangkitan

Kebiasaannya punca jangkitan adalah di bahagian peritoneum dan salur kencing. Tanda tanda dan gejala adalah pelbagai seperti demam, sakit bahagian abdomen, cirit birit, sakit atau pedih semasa kecing.

Cirit birit

Kebiasaannya disebabkan oleh bengkak pada dinding usus. Ini mungkin menunjukkan radang peritoneum sekiranya disertai dengan demam.

Apa perlu dilakukan sekiranya anda mengesyaki mengidap Nephrotic Sydndrome?

Dapatkan nasihat perubatan untuk pengesahan dan rawatan

Apakah ujian siasatan yang diperlukan untuk diagnosa atau pengesahan Nephrotic Syndrom?

  • Ujian analisa air kencing
  • ujian darah
  • Ujian ultrabunyi dan ujian biopsy (jika perlu)

Analisa air kencing

  • Ujian air kencing menggunakan "dipstick" dilakukan secara rutin bagi mendapatkan maklumat awal kandungan protein dalam air kencing. Satu "strip" adalah sejenis kertas kimia yang dicelup ke dalam contoh air kencing. Ianya akan berubah warna mengikut kuantiti protein yang terkandung dalam contoh air kencing. Ujian ini boleh dilakukan di mana-mana klinik.

  • Ujian protein air kencing 24 jam adalah ujian kuantiti yang mana memberi maklumat tentang jumlah kandungan protein dalam air kencing. Pesakit akan dikehendaki mengumpul air kencing bagi tempoh 24 jam di mana jumlah kandungan akan diukur. Jumlah kandungan protein yang dikeluarkan dalam kes Nephrotic Syndrome melebihi 3 gm/hari. Selain kaedah pengiraan jumlah protein dalam air kencing kaedah pegiraan anggaran perbezaan antara protein dan creatinine boleh diguna pakai
  • Ujian analisa air kencing menunjukkan kehadiran darah dalam kencing

Ujian analisa darah

  • Serum albumin kurang dari 25 g/L
  • Kandungan kolestrol yang tinggi sering ditemui
  • Darah untuk ujian nitrogen dan creatinine adalah petunjuk kepada kerosakan ginjal. Kandungan yang tinggi produk metabolik menunjuk disertai dengan penurunan fungsi ginjal.

Ujian ultrabunyi dan pengambilan tisu ginjal (biopsy)

Ujian pengimejan biasa/rutin tidak diperlukan dalam kes Nephrotic Syndrome. Walau bagaimanapun selalunya dibuat sebelum prosedur pengambilan tisu ginjal dilakukan bagi memastikan pesakit mempunyai dua ginjal.
Dalam kebanyakkan kes doktor mungkin melakukan pemeriksaan cebisan tisu ginjal pesakit di bawah mikroskop untuk menentukan penyebab dan keterukan penyakit tersebut. Prosedur mendapatkan tisu ginjal ini dipanggil biopsy. Prosedur ini dilakukan menggunakan teknik aseptik. Bius setempat digunakan untuk menghilangkan kesakitan.





Apakah komplikasi biopsy ginjal?

  • Sakit di bahagian biopsi
  • Pendarahan adalah komplikasi yang biasa. Walau bagaimana pun biasanya kecil sahaja
  • Kencing berdarah biasa berlaku selalunya sedikit sahaja.
  • Hematoma atau lebam darah terkumpul di sekeliling ginjal. Biasanya kecil dan tiada tanda-tanda dan gejala

Apakah rawatan untuk Nephrotic Syndrome?

  • Berbeza di antara dewasa dan kanak-kanak
  • Bergantung ke atas sebab-sebab Nephrotic Syndrome
  • Walau bagaimanapun terdapat rawatan yang tidak sepasifik ini termasuk :
    1. Makanan Pengambilan protein makanan yang normal dengan kalori yang mencukupi
    2. Mengawal pengambilan cecair dan garam terhad Pengambilan cecair mesti dihadkan mengikut jumlah air kencing yang keluar. (jumlah pengambilan cecair ialah jumlah air kencing hari sebelumnya + 500ml air yang hilang melalui proses selain dari kencing (contoh pernafasan, berpeluh dan lain-lain)
      Pengambilan garam mesti dikurangkan untuk mengelakan penakungan cecair dan garam di badan. Jangan tambah garam pada makanan
    3. Diuretics Diuretic secara amnya untuk menggalakan peningkatan pengeluaran air kencing. Mungkin perludiberi melalui suntikan intravena
    4. Anti-hypertensi Pemilihan ubat ini hendaklah yang boleh memberikan pengawalan tekanan darah yang baik pada masa yang sama megurangkan keterukan kandungan pengeluaran protein dalam air kencing

Rawatan Khas Nephrotic Syndrom bagi kanak-kanak

Lebih kurang 80% kanak-kanak berumur antara 1 hingga 12 tahun mengidapi perubahan penyakit yang minima. Dari jumlah ini 90% respon kepada penggunaan terapi corticosteroid, oleh itu biopsy ginjal tidak diperlukan. Corticosteroid didapati sangat efektif dalam penyembuhan NS dan merupakan pilihan jenis ubat yang paling utama. Kanak-kanak dengan NS yang tidak respon dalam masa 4 minggu rawatan corticosteroid hendaklah dirujuk kepada pakar nefrologi untuk menjalani prosidur biopsy ginjal.
Maklumat lanjut : rujuk Consensus Statement of Management of Idiopathic Nephrotic Syndrome in Childhood 1999 yang boleh didapati pada laman web www.acadmed.org.my di bawah tajuk clinical practice guidelines

Rawatan Tertentu Nephrotic Syndrome bagi dewasa

Rawatan tertentu diberi bergantung kepada keputusan ujian biopsy ginjal.

Kawalan tertentu komlikasi Nephrotic Syndrom

  • Jangkitan Pesakit NS amat mudah mendapat jangkitan terutamanya radang peritoneum dan radang kulit. Oleh itu ubat antibiotik yang dikehendaki apabila diperlukan diperlukan.
  • Kegagalan ginjal Ini adalah komplikasi yang telah maklum. Ini disebabkan oleh kekurangan air, kencing berlebihan atau bengkak kepada tisu ginjal. Walau bagaimana pun kegagalan ginjal jenis ini dapat dipulihkan.
  • Thrombosis Komplikasi ini boleh mengancam nyawa dan memerlukan terapi untuk mencairkan darah. Kadangkala rawatan awal anti pembekuan darah diperlukan untuk mencegah komplikasi.

    SEKIAN..

Sunday 7 April 2013

Jom minum petang..

Pagi tadi terpikir..nak buat apa time nk minum petang ni..ni kira time rajin ah ni..kalu x mmg xpikir2 pon..haha..tgk kat dapur pun kering je..hehe.ada laa barang2 yg xseberapa..megi ada lg 1..ayam pon ada lg sikit..bawang2 pon ada..mai laa idea buat murtabak megi..tanpa kena beli bahan2 lain..hehe..minum pulak dengan teh o panas..tu untuk En.suami..saya punya letak ais 4 ketul..hehe..


                       Ni lah rupa murtabak meginya..makan dengan sos..nyum..nyum.!!


                                 Ni rupa dalam..nampak x ayam yg ciput tu..? hehe

                                      Ni pun paling best..ubat tekak dikala cuaca panas..

 

Dah settle..xhabis dah..kenyang..tinggal sikit lg..makan jap2 lagi plak..kenyang dengan mangga yang sejuk tu..potong2 mangga..masuk peti..nak makan ambik..huhu..senang je..
Nak resepi murtabak megi x..? Jom ambik..paling simple..

Bahan-bahan
1 paket megi kari dan perisa dia
2 biji telor
2 ketul isi ayam- potong dadu
2 sudu tepung gandum- nak bagi padat..hehe
Bawang besar dan bwg merah- potong dadu
Daun bawang
Sedikit serbuk cili babas
Sedikit garam

Cara2
1- Celur megi dengan isi ayam
2- Gaul bahan2 yg lain dan masukkan juga megi dan ayam bersama..
3- Panaskan sedikit minyak utk menggoreng..goreng kedua2 belah..Siap..!! Cicah sos...


Friday 5 April 2013

Padanya Ada Hikmah

Assalamualaikum..ini ada satu buku yang bagi saya amat menarik untuk dibaca..berkisarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh Profesor Dr. Muhaya, bermula ketika beliau masih menjadi doktor pelatih sehinggalah beliau menjadi profesor.

Oleh kerana beliau tidak mahu ditonjolkan dalam buku ini, kemudiannya daripada inti pati kisah diolahkan menjadi fiksyen, berbentuk cerpen2 yg menghebahkan kepada pembaca..
dengan berbentuk cerita, saya pon jd tertarik untuk meneruskan bacaan.. jom..


Tajuk2 cerpen di dalam..

1- Isyarat Daripada Tuhan
2- Anak Perempuan Cantik Yang Melihat Pelangi
3- Makhluk yang Akan Berjumpa dengan Allah
4- Hati yang Penuh Penyakit
5- Pencuci Dosa2 Lalu
6- Pada Ketika Pertimbangan Sudah Hilang
7- Alhamdulillah, Awak Selamat
8- Saya Mahu Hidup Lagi
9-Orang Yang Paling Besar dihospital .........dan banyak lagi sehingga 35 cerita..


                                                       Rm 13.00 sahaja
Kenali Dr. Muhaya Mohamad di http://drmuhaya.com dan layari laman web assohwah.com bagi melihat buku2 beliau yg lain. Babai..


Masak-masak with pulut pagi..



Ohh pulut pagi..walaupun buat petang makan malam pun pulut ni masih pagi..En.suami memang suka pulut2 ni..xkisah laa pulut berinti ke pulut bakar ke..yang penting pulut..beras pulut ni bagus untuk kulit..klau makan banyak sangat pun mengantuk pulak kan..dah perut kenyang..macam mana xmengantuk..? hehe..Ni saya kongsi resepi ye..

Bahan-bahan
500g beras pulut..rendam semalaman ( klau nk buat sedikit..pandai2 la agak..sbb masak2 ni xda aturan pun..hehe
3 helai daun pandan
2 keping gula melaka + gula pasir
1 sudu air kapur masakan
sedikit air

Cara2..
1- Satukan gula melaka, gula pasir,air kapur,daun pandan dan sedikit air - masak hingga pekat
2- Kukus beras pulut dan daun pandan sampai setengah masak..lbh kurang 20min..
3- Angkat dan tuang dlm bekas - gaul rata dengan air gula melaka..kukus smula hingga masak..
4- Hidangkan dengan kelapa parut muda yg digaul sedikit dengan garam..

Sedia dihidangkan..hehe


Salam Hari Jumaat semua..

Assalamualaikum..
Salam hari Jumaat..penghulu segala hari..hujan hari ni kat Changlun..bagi sejuk sikit..pokok2 pon kasi hijau sikit..cepat sikit rumput n lalang kt blakang n depan umah naik..exercise pulak laa nampaknye..cabut pulak pkai tangan ngan En.suami..hehe..


Hari Jumaat ni hari yang amat istimewa bagi umat Islam. Hari Jumaat ada banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Gambar kat bawah ni saya share..ambik dari internet..

Yang penting..hari2 lain pon semuanya istimewa..dan amalan harus ditingkatkan setiap hari..Jom laa sama2 kita buat yang terbaik dalam hidup..kejar dunia sahaja xuntung pon..ni juga sebagai motivasi bg saya juga..apa yg nak dibawa diakhirat nanti masih xcukup.. hehe..Sekian..

Wednesday 3 April 2013

My tennis racket cracked..!!

Dah tamatlah riwayat raket tenis saya..dah 4 tahun guna..cheehh..bunyi macam dah lame sangat main tu..agak2 mmg pro laa kan..?? tp tidak..aku main dengan dinding je banyak..dinding mmg laa setia..aku bg bola..dia bg balik..aku pukul bola tu kuat..kuat jgk laa bola tu melantun kat aku..tp sayangnya..aku je kena kutip bola tenis..

En.suami pon jadi coach aku yang paling setia..masa main ngan dia..dia lah yg paling berpeluh..dah nk wak camne..ke depan, ke blakang, ke tepi dia nk kena ambik bola yang aku pukul dh macam bola golf jadinya..hehe..ksian kat dia..tu yg main kat dinding..

Untuk pengetahuan smua..niat dari dulu sampai skarang nak main tenis ni untuk nk kluarkan peluh..exercise biasa je..bukan nk jadi pemain tenis btol2..tu pasal laa dah 4 tahun main masih lg bola kluar dari court..haha..

Apa2 pon yang kita nak buat..mulakan dengan niat yang betul..dengan niat yg baik saja dh dpt pahala,belum buat lg..dan niat tak baik selagi tidak melakukannya selagi itu tidak mendapat dosa. Betapa sayangnya Allah pada kita. Okey..babai..


Buah melaka.. a.k.a Onde-onde..

Assalamualaikum.. 
Ade2 je lagi entry yg nak di pos..masih berkobar-kobar lg angin nk main2 blog ni..kat bawah ni kuih tradisional..kat kelantan panggil ondeh-ondeh..lepas tu, masa buat makan2 ngan jiran2 perumahan ni..aku buat laa ondeh-onde ni..rupa2nya dorang panggil kuih ni Buah melaka..ada lg x panggilan lain untuk kuih ni..? mane laa tau kan..ada nama yg unik2 lg..

Pecah dalam mulut..hehe

Nak resepi tak? silakan..hehe
Bahan-bahan
Tepung pulut - 1 paket
Tepung beras - 1/2 paket (tapi ni untuk banyak,klau nk buat sikit,kurangkan menjadi 1/2 dan 3/4)        hehe..paham ke..?
Gunakan daun pandan..mesin dan ambil air..cmpurkan juga sedikit pewarna hijau bg warna cantik..
1 sudu air kapur masakan..
Uli bahan diatas hingga jd doh..
Ambil doh (ikut saiz kegemaran anda) bentukkan bulat2 & masukkan inti (gula melaka) di tengah..
Masukan dlm air mendidih..angkat bila buah melaka timbul..
Gaulkan ia tadi dengan kelapa parut. (kelapa harus muda dan gaul sdikit dengan garam dan gula)
okehh.. Ciap..!!

Pizza Hut Malaysia – Hot & Oven Fresh Pizzas Delivered to Your Door!

Pizza Hut Malaysia – Hot & Oven Fresh Pizzas Delivered to Your Door!

Rawatan rambut..di Muslimah Beauty..


Hari ni potong rambut lepas tu cuci.. sesapa yg duk area Chaglun boleh laa cuba datang sini..women only..Cuci rambut skali urut, perapi dan serum..nak ngantuk plak masa diurut..best..lain kali nk cuba rawatan muka pulak..tuan salon pulak baik..(bagus2..tau mcm mana nk pikat hati pelanggan)..mini gym pon ada kat situ..Lokasi dia Cimb Changlun..tp bangunan belakang..Sebelah farmasi..



Sambal goreng tempe + bilis..

Assalamualaikum...jom main masak2 nak? Saya mmg suka masak..ni laa makanan kegemaran saya..Sambal bilis n tempe ni..xsah kalau xda time buat lauk nasi..buat pedas2 sikit..lagi laju makan nasi..hehe..tp En. suami xsuka sgt ikan bilis..jadi saya makan laa sorang..En.suami kena ada ayam goreng..buat berempah.. ni saya kongsi resepi ye..tp google2 pon banyak..n senang.. 
 

Bahan-bahan
Ikan bilis (cuci dan tos dan goreng sampai garing)
1 keping tempe (potong kecil2)
Kacang tanah (goreng tanpa minyak)
Cara - Buat sambal dia dulu - Bwg putih, Bwg merah 'lebih dr b.putih', lada kering..(mesin)
        - Tumis bahan yg dimesin hingga garing.. 
        - Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau sebati 
        - Apabila sambal kering dan menjadi agak pekat, masukkan ikan bilis, tempe dan 
          kacang. Gaul sebati. SIAP..!!

Tuesday 2 April 2013

99 Nama Allah..

Assalamualaikum..

Baru sehari dua main2 blog ni rasa laa semangat nak upload n share smua benda..rajin laa katakan..hehe..Insyaallah lepas ni pon akan berterusan..walaupun xde ramai kawan..Inspirasinya datang dari my sista..main blog..n aku pon terpikat jgk.. tq ye kak long.. sweetamieda.blogspot.com..

Ni aku buat note book untuk nama2 Allah..semangat buat..padahal ada je jual..tp rajin punya pasal print..gunting..stapler n tape kan dia..aku buat sendiri bukan apa..sbb dengan usaha sendiri..mungkin semangat nk baca tu lain sikit..





Nama2 Allah ini bertindak juga sbg doa.. Allah telah cipta langit dan bumi dengan segala isinya ini mempunyai nama-nama yang banyak. Nama-nama itu bukan sekadar nama, tetapi nama-nama yang bagus lagi indah yang sesuai dengan penyataan yang diberikan. Nama itu disebut “Al Asmaaul Husna”.

Ada 99 yang apabila disebut nama itu akan mempunyai pengaruh dan manfaat yang besar dan hebat sekali terhadap perkara yang kita buat dan juga kita mohon padaNya. Nie link yang saya baca.. http://cahayapurnama.com/fadilat-dan-kelebihan-asmaul-husna/ kredit to cahayapurnama..
Terima kasih..


Ohh Snogurt..mmg sedap..

Ni lah kenangan bersama snogurt..hehe..1st time masuk tempat yogurt eskrim nih..dulu aku tau Tutti fruity je..(betul ke aku eja?) skarang macam cendawan plak tumbuh dia..banyak..ramai jgk org kate mahal..tp aku tgk ramai je kat kedai yogurt2 nih..nak laa jugak cuba..

Haa..dah cuba dah..aku pulas dia punya mesin cam takut2 plak..takut xterbayar..wak malu je..haha..eskrim dia tu dipanggil Froyo..lepas tu..Ka Ching..!! buat muka selamber je bayar..xtau laa kot2 mmg harga tu dah murah..sebab xpernah makan benda ni..nak buat sendiri mmg x laa..

Ni lah kenangan yang comel..kedai dia pon cantik..ada katil untuk lepak..warna warni..ape2 pon makan sampai titisan terakhir..haha..kalau org tanya xlaa malu nk bagitau rasa benda nih..haha..yang penting mmg best..xcukup semangkuk..topping dia yang jelly meletup2 tu suke sangat..


Dah settle..Jom balik..ada rezeki jumpa lg..heeee


Jual..jual..keropok lekor...



Haaa..gentel punya gentel ..ni lah baby keropok lekor.. 1st time buat..tp biasa laa..name pon 1st time..mesti laa xmenjadi..eh..jadi..tapi ada kurang itu ini..beli ikan 6 ekor je..dah nk try buat je kan..last2 ada masalah teknikal..jd lembik..tambah laa tepung..

Tambah lg..tambah..n tambah..last skali xtau kat mana rasa ikan tu..haha..tapi rupa tu dah nampak dah rupa keropok..lain kali nak buat lg..n perbaiki dari kelemahan..hehe..tp En.suami cakap sedap dah..macam keropok goreng beli masa sekolah dulu..hehe..jom makan..





ni resepinya..

BAHAN-BAHAN:
Ikan tamban atau selayang
Tepung sagu

Tepung ubi kayu
Serbuk lada hitam
Air sedikit ikut kesesuaian
Garam dan gula secukup rasa



Monday 1 April 2013

Art yang tak seberapa artnyee..hehe

Jom tengok..dan komen..ni gambar2 yang dicapture sendiri..angan2 nk berseni laa..nampak sangat xde seninya..hehe..ape2 pon..gambar ni untuk suke-suka je..


                                      Keychain pon dijadikan model..nasib laa ko..

                                                              Ni cantik x? 

                                                              Ubat stapler..??

                                                          Ink printer..hemm..

                                                             Main2 ink printer..

Yang ni paling suke..spices..I Love Spices.. tapi ni yang ada kat dapur je..duk rumah sewa..barang pun ala kadar je..nanti update lagi ek bab2 spices ye..


Jom Sama-sama Puasa Sunat..

Assalamualaikum..

Buat apa semua? Harini hari Isnin..jadi sunatlah berpuasa..dan juga hari Khamis..
Puasa sunat Isnin dan Khamis ada kelebihannya. Puasa bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga, malah ia melatih kita supaya mengawal diri daripada buat perkara-perkara yang tidak baik. Lepas tu, berpuasa sunat juga amalan yang baginda Rasulullah SAW sering lakukan iaitu pada hari Isnin dan Khamis.

Adalah menjadi perkara yang sunat bagi Umat Islam untuk berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis pada setiap minggu.


DALIL
Hadis Rasulullah s.a.w :

عن عائشة قالت كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يتحرى صوم الإثنين والخميس
(رواه الترميذي)
Maksudnya :
Daripada Aisyah r.a katanya : Adalah Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh dalam berpuasa pada hari isnin dan khamis.



Buah naga..best..

Ni lah buah naga..nama latinnya ialah Hylocereus Undatus .Sangat la suka buah ni..tp beli tu xlaa selalu sgt..kira bajet student laa..hehe..tp mmg sedap dan fresh sangat..kupas n potong letak dalam peti sejuk..sebijik memang xcukup..
tp rugi betul laa En.suami xsuka..hehe..ohh..saya dh kawin dah..hidup menjadi-jadi dengan suami walaupun masih belajar..rezeki orang kawin la kan..hehe..okeh..babai..

                                                               Nyum..nyum..

Meh Kenal-kenal..hehe

Asssalamualaikum..

1st time aku nk main-main ngan blog ni..thah rajin ke tidak..ape2 pon..buat je dulu..hehe..
Aku buat blog ni bukan sbb xde keje sgt..tapi memang banyak keje..
dah ade plak 1 penyakit yang bernama MALAS..habis keje xjd..
especially bahagian study aku..Aku ni student lg..student postgraduate..
sekarang wat master..punya laa banyak kena membaca..sempat lg main blog2 ni..hehe..malas xkena tempat katakan..okeh..chow lu..