Nak dijadikan cerita, lpas exam tu..pagi esoknya dah kena balik Kedah terus..ada kelas..bangun pagi tu jari2 ni jadi bulat2..nak pakai cincin xmuat..jadi sembab..tp xtau pon kenapa..ignore je lah..malam tu nk solat magrib..baru perasan..kaki smpai paha pon sembab jugak..nak lipat solat pon xboleh penuh..aduii..aku pon mula laa pelik..xpenah jadi lg cam ni..risau jgk..sbb mak cakap, sembab2 ni boleh dikaitkan dengan ginjal..
Esoknya pulak, gi klinik sbb masih lg sembab..doktor ckp kena urine test..lepas tu..result ok je..protin pun negatif..mungkin terlampau lama dalam kereta kot..hehe..dapat laa ubat..nasib baik sikit je..hemm..
Ni serba sedikit hubungkait pasal sembab dan info kesihatan..hehe.. dari http://www.izieherb.net.. baca lah..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nephrotic Syndrome Pada Orang Dewasa
Nephrotic Syndrome (NS)
Dalam kebanyakkan kes doktor mungkin melakukan pemeriksaan cebisan tisu ginjal pesakit di bawah mikroskop untuk menentukan penyebab dan keterukan penyakit tersebut. Prosedur mendapatkan tisu ginjal ini dipanggil biopsy. Prosedur ini dilakukan menggunakan teknik aseptik. Bius setempat digunakan untuk menghilangkan kesakitan.
Maklumat lanjut : rujuk Consensus Statement of Management of Idiopathic Nephrotic Syndrome in Childhood 1999 yang boleh didapati pada laman web www.acadmed.org.my di bawah tajuk clinical practice guidelines
Apa itu Nephrotic Syndrome ?
Nephrotic syndrome (NS) ialah satu sindrom klinikal yang menunjukkan cirri-ciri berikut :- Muka sembab, bengkak anggota atau badan (oedema)
- Penurasan protein dalam air kencing (proteinuria) melebihi 3 g/sehari
- Paras serum protein/albumin (hypoalbuminemia) rendah
- Paras kolesterol yang tinggi (hypercholesterolemia)
Bagaimana kekerapan berlaku Nephrotic Syndrome?
- Boleh berlaku pada semua peringkat umur
- Kerap berlaku pada kanak-kanak
- Jika kanak-kanak biasanya berlaku pada peringkat umur 11/2 dan 4 tahun dan kerap terjadi kepada lelaki muda
- Bagi dewasa taburan jantina adalah sama
Apakah tanda-tanda dan gejala Nephrotic Syndrome?
Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :- Bengkak atau sembab anggota badan
- Kuantiti penghasilan air kencing berkurangan
- Tekanan darah tinggi
- Kualiti hidup menurun
- Kencing berbuih dan berbau busuk
- Kencing berdarah (jarang)
Apa itu oedema?
Oedema merupakan tanda-tanda awal NS. Berlaku di dalam 95 - 99% kes. Di peringkat awal berlaku sembab di keliling mata dan sembab muka yang teruk terutamanya waktu bangun pagi. Kemudian beransur-ansur bengkak kepada seluruh anggota termasuk kaki dan tisu kulit tenggelam apabila ditekan dengan jari. Bengkak anggota kaki lebih nyata kemudianya. Pada peringkat seterusnya cecair berkumpul dalam kaviti abdomen menyebabkan abdomen menjadi bengkak dan tegang (ascites). Kemudiannya bengkak buah zakar atau faraj. Apabila penyakit bertambah teruk edema menjadi lebih menyeluruh menyebabkan kesukaran bernafas disebabkan cecair berkumpul di sekeliling paru-paru. Kadang-kadang oedema menyebabkan pertambahan berat badan. Kadangkalaa terdapat cecair meresap keluar dari permukaan kulitApa itu oliguria ?
Oliguria merujuk kepada kekurangan kuantiti air kencing berbanding jumlah sepatutnya dalam sehari. Biasanya ginjal menghasilkan air kencing sebanyak lebih kurang 1.5 liter sehari.Apa itu hypertensi
Hypertensi menunjukkan peningkatan tekanan darah (link ke topik Saringan Darah Tinggi dan Tekanan Darah Tinggi)Apakah yang dimaksudkan kualiti hidup yang menurun
- Rasa tidak sihat atau letih
- Hilang selera makan
- Mudah penat dan mudah terganggu
Apa itu haematuria?
Darah dikesan dalam air kencing samada dilihat dengan mata kasar atau menggunakan mikroskopApakah komplikasi Nephrotic Syndrome?
Thrombo-embolism
Seseorang pesakit akan mengadu sakit yang amat sangat dan bengkak sebelah kaki atau kedua-dua nya sekali. Ini disebabkan darah beku dalam salur darah bahagian anggota bahagian bawah.Mudah mendapat jangkitan
Kebiasaannya punca jangkitan adalah di bahagian peritoneum dan salur kencing. Tanda tanda dan gejala adalah pelbagai seperti demam, sakit bahagian abdomen, cirit birit, sakit atau pedih semasa kecing.Cirit birit
Kebiasaannya disebabkan oleh bengkak pada dinding usus. Ini mungkin menunjukkan radang peritoneum sekiranya disertai dengan demam.Apa perlu dilakukan sekiranya anda mengesyaki mengidap Nephrotic Sydndrome?
Dapatkan nasihat perubatan untuk pengesahan dan rawatanApakah ujian siasatan yang diperlukan untuk diagnosa atau pengesahan Nephrotic Syndrom?
- Ujian analisa air kencing
- ujian darah
- Ujian ultrabunyi dan ujian biopsy (jika perlu)
Analisa air kencing
|
|
- Ujian analisa air kencing menunjukkan kehadiran darah dalam kencing
Ujian analisa darah
- Serum albumin kurang dari 25 g/L
- Kandungan kolestrol yang tinggi sering ditemui
- Darah untuk ujian nitrogen dan creatinine adalah petunjuk kepada kerosakan ginjal. Kandungan yang tinggi produk metabolik menunjuk disertai dengan penurunan fungsi ginjal.
Ujian ultrabunyi dan pengambilan tisu ginjal (biopsy)
Ujian pengimejan biasa/rutin tidak diperlukan dalam kes Nephrotic Syndrome. Walau bagaimanapun selalunya dibuat sebelum prosedur pengambilan tisu ginjal dilakukan bagi memastikan pesakit mempunyai dua ginjal.Dalam kebanyakkan kes doktor mungkin melakukan pemeriksaan cebisan tisu ginjal pesakit di bawah mikroskop untuk menentukan penyebab dan keterukan penyakit tersebut. Prosedur mendapatkan tisu ginjal ini dipanggil biopsy. Prosedur ini dilakukan menggunakan teknik aseptik. Bius setempat digunakan untuk menghilangkan kesakitan.
Apakah komplikasi biopsy ginjal?
- Sakit di bahagian biopsi
- Pendarahan adalah komplikasi yang biasa. Walau bagaimana pun biasanya kecil sahaja
- Kencing berdarah biasa berlaku selalunya sedikit sahaja.
- Hematoma atau lebam darah terkumpul di sekeliling ginjal. Biasanya kecil dan tiada tanda-tanda dan gejala
Apakah rawatan untuk Nephrotic Syndrome?
- Berbeza di antara dewasa dan kanak-kanak
- Bergantung ke atas sebab-sebab Nephrotic Syndrome
- Walau bagaimanapun terdapat rawatan yang tidak sepasifik ini termasuk :
- Makanan Pengambilan protein makanan yang normal dengan kalori yang mencukupi
- Mengawal pengambilan cecair dan garam terhad Pengambilan
cecair mesti dihadkan mengikut jumlah air kencing yang keluar. (jumlah
pengambilan cecair ialah jumlah air kencing hari sebelumnya + 500ml
air yang hilang melalui proses selain dari kencing (contoh pernafasan,
berpeluh dan lain-lain)
Pengambilan garam mesti dikurangkan untuk mengelakan penakungan cecair dan garam di badan. Jangan tambah garam pada makanan
- Diuretics Diuretic secara amnya untuk menggalakan peningkatan pengeluaran air kencing. Mungkin perludiberi melalui suntikan intravena
- Anti-hypertensi Pemilihan
ubat ini hendaklah yang boleh memberikan pengawalan tekanan darah yang
baik pada masa yang sama megurangkan keterukan kandungan pengeluaran
protein dalam air kencing
- Makanan Pengambilan protein makanan yang normal dengan kalori yang mencukupi
Rawatan Khas Nephrotic Syndrom bagi kanak-kanak
Lebih kurang 80% kanak-kanak berumur antara 1 hingga 12 tahun mengidapi perubahan penyakit yang minima. Dari jumlah ini 90% respon kepada penggunaan terapi corticosteroid, oleh itu biopsy ginjal tidak diperlukan. Corticosteroid didapati sangat efektif dalam penyembuhan NS dan merupakan pilihan jenis ubat yang paling utama. Kanak-kanak dengan NS yang tidak respon dalam masa 4 minggu rawatan corticosteroid hendaklah dirujuk kepada pakar nefrologi untuk menjalani prosidur biopsy ginjal.Maklumat lanjut : rujuk Consensus Statement of Management of Idiopathic Nephrotic Syndrome in Childhood 1999 yang boleh didapati pada laman web www.acadmed.org.my di bawah tajuk clinical practice guidelines
Rawatan Tertentu Nephrotic Syndrome bagi dewasa
Rawatan tertentu diberi bergantung kepada keputusan ujian biopsy ginjal.Kawalan tertentu komlikasi Nephrotic Syndrom
- Jangkitan Pesakit
NS amat mudah mendapat jangkitan terutamanya radang peritoneum dan
radang kulit. Oleh itu ubat antibiotik yang dikehendaki apabila
diperlukan diperlukan.
- Kegagalan ginjal Ini adalah
komplikasi yang telah maklum. Ini disebabkan oleh kekurangan air,
kencing berlebihan atau bengkak kepada tisu ginjal. Walau bagaimana pun
kegagalan ginjal jenis ini dapat dipulihkan.
- Thrombosis Komplikasi
ini boleh mengancam nyawa dan memerlukan terapi untuk mencairkan
darah. Kadangkala rawatan awal anti pembekuan darah diperlukan untuk
mencegah komplikasi.
SEKIAN..
so macam mana now?dah ok?
ReplyDeleteye..ok dah..kurang dah sembab..skarang musim panas kan..naa jenis kurang minum air..skarang dah minum air banyak2..hehe..
Deletesemoga sihat molek la na..:)
ReplyDeletesaya mengalami masalah sembab ni.. tak tahu nak rujuk sapa.. chek darah..ok.. chek kencing.. ok...tak tahu macam mana nak atasi...
ReplyDeletesaya mengalami masalah sembab ni.. tak tahu nak rujuk sapa.. chek darah..ok.. chek kencing.. ok...tak tahu macam mana nak atasi...
ReplyDeleteSalam...insyallah esk sy akan msuk hkl utk kali kedua dan jalani biopsi sbb semua ujian negatif...
ReplyDeleteSaya baru sj disyaki mendapat penyakit nefrotik sindrom. Boleh saya tahu tak berapa lama jangka masa pemulihan bengkak akan pulih seperti normal?
ReplyDelete