Assalamualaikum..lama rasanya bercuti..hehe..jangan silap paham ye..sbb blogger baru ni..mood dia xtentu jugak..takut2 jadinya hangat-hangat tahi ayam..hahaha..macam ni..minggu lepas balik kg..sebab nak hadir yang Peperiksaan memasuki PTD tu..nak cuba hadir laa jugak..ambik pengalaman..Alhamdulillah..soalannya agak senang..dan orang2 lain yang pernah hadir exam ni sebelum ni pun bagitau yang soalan PTD tahun ini tak sesusah yang tahun2 lepas..ooo..xsusah pon..banyak das jugak laa aku main tembak2..
Nak dijadikan cerita, lpas exam tu..pagi esoknya dah kena balik Kedah terus..ada kelas..bangun pagi tu jari2 ni jadi bulat2..nak pakai cincin xmuat..jadi sembab..tp xtau pon kenapa..ignore je lah..malam tu nk solat magrib..baru perasan..kaki smpai paha pon sembab jugak..nak lipat solat pon xboleh penuh..aduii..aku pon mula laa pelik..xpenah jadi lg cam ni..risau jgk..sbb mak cakap, sembab2 ni boleh dikaitkan dengan ginjal..
Esoknya pulak, gi klinik sbb masih lg sembab..doktor ckp kena urine test..lepas tu..result ok je..protin pun negatif..mungkin terlampau lama dalam kereta kot..hehe..dapat laa ubat..nasib baik sikit je..hemm..
Ni serba sedikit hubungkait pasal sembab dan info kesihatan..hehe.. dari
http://www.izieherb.net.. baca lah..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nephrotic Syndrome Pada Orang Dewasa
Nephrotic Syndrome (NS)
Apa itu Nephrotic Syndrome ?
Nephrotic syndrome (NS) ialah satu sindrom klinikal yang menunjukkan cirri-ciri berikut :
- Muka sembab, bengkak anggota atau badan (oedema)
- Penurasan protein dalam air kencing (proteinuria) melebihi 3 g/sehari
- Paras serum protein/albumin (hypoalbuminemia) rendah
- Paras kolesterol yang tinggi (hypercholesterolemia)
Bagaimana kekerapan berlaku Nephrotic Syndrome?
- Boleh berlaku pada semua peringkat umur
- Kerap berlaku pada kanak-kanak
- Jika kanak-kanak biasanya berlaku pada peringkat umur 11/2 dan 4 tahun dan kerap terjadi kepada lelaki muda
- Bagi dewasa taburan jantina adalah sama
Apakah tanda-tanda dan gejala Nephrotic Syndrome?
Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :
- Bengkak atau sembab anggota badan
- Kuantiti penghasilan air kencing berkurangan
- Tekanan darah tinggi
- Kualiti hidup menurun
- Kencing berbuih dan berbau busuk
- Kencing berdarah (jarang)
Apa itu oedema?
Oedema
merupakan tanda-tanda awal NS. Berlaku di dalam 95 - 99% kes. Di
peringkat awal berlaku sembab di keliling mata dan sembab muka yang
teruk terutamanya waktu bangun pagi. Kemudian beransur-ansur bengkak
kepada seluruh anggota termasuk kaki dan tisu kulit tenggelam apabila
ditekan dengan jari. Bengkak anggota kaki lebih nyata kemudianya. Pada
peringkat seterusnya cecair berkumpul dalam kaviti abdomen menyebabkan
abdomen menjadi bengkak dan tegang (ascites). Kemudiannya bengkak buah
zakar atau faraj. Apabila penyakit bertambah teruk edema menjadi lebih
menyeluruh menyebabkan kesukaran bernafas disebabkan cecair berkumpul di
sekeliling paru-paru. Kadang-kadang oedema menyebabkan pertambahan
berat badan. Kadangkalaa terdapat cecair meresap keluar dari permukaan
kulit
Apa itu oliguria ?
Oliguria merujuk kepada
kekurangan kuantiti air kencing berbanding jumlah sepatutnya dalam
sehari. Biasanya ginjal menghasilkan air kencing sebanyak lebih
kurang 1.5 liter sehari.
Apa itu hypertensi
Hypertensi menunjukkan peningkatan tekanan darah (link ke topik Saringan Darah Tinggi dan Tekanan Darah Tinggi)
Apakah yang dimaksudkan kualiti hidup yang menurun
- Rasa tidak sihat atau letih
- Hilang selera makan
- Mudah penat dan mudah terganggu
Apa itu haematuria?
Darah dikesan dalam air kencing samada dilihat dengan mata kasar atau menggunakan mikroskop
Apakah komplikasi Nephrotic Syndrome?
Thrombo-embolism
Seseorang
pesakit akan mengadu sakit yang amat sangat dan bengkak sebelah kaki
atau kedua-dua nya sekali. Ini disebabkan darah beku dalam salur darah
bahagian anggota bahagian bawah.
Mudah mendapat jangkitan
Kebiasaannya
punca jangkitan adalah di bahagian peritoneum dan salur kencing. Tanda
tanda dan gejala adalah pelbagai seperti demam, sakit bahagian
abdomen, cirit birit, sakit atau pedih semasa kecing.
Cirit birit
Kebiasaannya
disebabkan oleh bengkak pada dinding usus. Ini mungkin menunjukkan
radang peritoneum sekiranya disertai dengan demam.
Apa perlu dilakukan sekiranya anda mengesyaki mengidap Nephrotic Sydndrome?
Dapatkan nasihat perubatan untuk pengesahan dan rawatan
Apakah ujian siasatan yang diperlukan untuk diagnosa atau pengesahan Nephrotic Syndrom?
- Ujian analisa air kencing
- ujian darah
- Ujian ultrabunyi dan ujian biopsy (jika perlu)
Analisa air kencing
- Ujian
air kencing menggunakan "dipstick" dilakukan secara rutin bagi
mendapatkan maklumat awal kandungan protein dalam air kencing. Satu
"strip" adalah sejenis kertas kimia yang dicelup ke dalam contoh air
kencing. Ianya akan berubah warna mengikut kuantiti protein yang
terkandung dalam contoh air kencing. Ujian ini boleh dilakukan di
mana-mana klinik.
|
|
|
- Ujian
protein air kencing 24 jam adalah ujian kuantiti yang mana memberi
maklumat tentang jumlah kandungan protein dalam air kencing. Pesakit
akan dikehendaki mengumpul air kencing bagi tempoh 24 jam di mana
jumlah kandungan akan diukur. Jumlah kandungan protein yang dikeluarkan
dalam kes Nephrotic Syndrome melebihi 3 gm/hari. Selain kaedah
pengiraan jumlah protein dalam air kencing kaedah pegiraan anggaran
perbezaan antara protein dan creatinine boleh diguna pakai
|
- Ujian analisa air kencing menunjukkan kehadiran darah dalam kencing
Ujian analisa darah
- Serum albumin kurang dari 25 g/L
- Kandungan kolestrol yang tinggi sering ditemui
- Darah
untuk ujian nitrogen dan creatinine adalah petunjuk kepada kerosakan
ginjal. Kandungan yang tinggi produk metabolik menunjuk disertai dengan
penurunan fungsi ginjal.
Ujian ultrabunyi dan pengambilan tisu ginjal (biopsy)
Ujian
pengimejan biasa/rutin tidak diperlukan dalam kes Nephrotic Syndrome.
Walau bagaimanapun selalunya dibuat sebelum prosedur pengambilan tisu
ginjal dilakukan bagi memastikan pesakit mempunyai dua ginjal.
Dalam
kebanyakkan kes doktor mungkin melakukan pemeriksaan cebisan tisu
ginjal pesakit di bawah mikroskop untuk menentukan penyebab dan
keterukan penyakit tersebut. Prosedur mendapatkan tisu ginjal ini
dipanggil biopsy. Prosedur ini dilakukan menggunakan teknik aseptik.
Bius setempat digunakan untuk menghilangkan kesakitan.
Apakah komplikasi biopsy ginjal?
- Sakit di bahagian biopsi
- Pendarahan adalah komplikasi yang biasa. Walau bagaimana pun biasanya kecil sahaja
- Kencing berdarah biasa berlaku selalunya sedikit sahaja.
- Hematoma atau lebam darah terkumpul di sekeliling ginjal. Biasanya kecil dan tiada tanda-tanda dan gejala
Apakah rawatan untuk Nephrotic Syndrome?
- Berbeza di antara dewasa dan kanak-kanak
- Bergantung ke atas sebab-sebab Nephrotic Syndrome
- Walau bagaimanapun terdapat rawatan yang tidak sepasifik ini termasuk :
- Makanan Pengambilan protein makanan yang normal dengan kalori yang mencukupi
- Mengawal pengambilan cecair dan garam terhad Pengambilan
cecair mesti dihadkan mengikut jumlah air kencing yang keluar. (jumlah
pengambilan cecair ialah jumlah air kencing hari sebelumnya + 500ml
air yang hilang melalui proses selain dari kencing (contoh pernafasan,
berpeluh dan lain-lain)
Pengambilan garam mesti dikurangkan untuk mengelakan penakungan cecair dan garam di badan. Jangan tambah garam pada makanan
- Diuretics Diuretic secara amnya untuk menggalakan peningkatan pengeluaran air kencing. Mungkin perludiberi melalui suntikan intravena
- Anti-hypertensi Pemilihan
ubat ini hendaklah yang boleh memberikan pengawalan tekanan darah yang
baik pada masa yang sama megurangkan keterukan kandungan pengeluaran
protein dalam air kencing
Rawatan Khas Nephrotic Syndrom bagi kanak-kanak
Lebih
kurang 80% kanak-kanak berumur antara 1 hingga 12 tahun mengidapi
perubahan penyakit yang minima. Dari jumlah ini 90% respon kepada
penggunaan terapi corticosteroid, oleh itu biopsy ginjal tidak
diperlukan. Corticosteroid didapati sangat efektif dalam penyembuhan NS
dan merupakan pilihan jenis ubat yang paling utama. Kanak-kanak dengan
NS yang tidak respon dalam masa 4 minggu rawatan corticosteroid
hendaklah dirujuk kepada pakar nefrologi untuk menjalani prosidur biopsy
ginjal.
Maklumat lanjut : rujuk
Consensus Statement of Management of Idiopathic Nephrotic Syndrome in Childhood 1999 yang boleh didapati pada laman web
www.acadmed.org.my di bawah tajuk clinical practice guidelines
Rawatan Tertentu Nephrotic Syndrome bagi dewasa
Rawatan tertentu diberi bergantung kepada keputusan ujian biopsy ginjal.
Kawalan tertentu komlikasi Nephrotic Syndrom
- Jangkitan Pesakit
NS amat mudah mendapat jangkitan terutamanya radang peritoneum dan
radang kulit. Oleh itu ubat antibiotik yang dikehendaki apabila
diperlukan diperlukan.
- Kegagalan ginjal Ini adalah
komplikasi yang telah maklum. Ini disebabkan oleh kekurangan air,
kencing berlebihan atau bengkak kepada tisu ginjal. Walau bagaimana pun
kegagalan ginjal jenis ini dapat dipulihkan.
- Thrombosis Komplikasi
ini boleh mengancam nyawa dan memerlukan terapi untuk mencairkan
darah. Kadangkala rawatan awal anti pembekuan darah diperlukan untuk
mencegah komplikasi.
SEKIAN..